Sabtu, 27 April 2013

tyas'ss blog's Tugas UTS Pengantar Teknologi Informasi

Operasi Hitung Pada Pecahan
Seperti juga bilangan bulat, pecahan mematuhi hukum ketertukartertiban, kesekutuan, dan ketaburan, dan hukum melarang pembagian dengan sifat.

Membandingkan Pecahan

Untuk membandingkan pecahan-pecahan yang memiliki penyebut yang sama, cuma memerlukan pembandingan pada pengangkanya.

¾>¼ kerana 3>1.

Satu cara untuk membanding pecahan yang mempunyai penyebut yang berbeda ialah dengan mencari penyebut yang sama. Untuk membanding a/b dan c/d, ia ditukar menjadi ad/bd dan bc/bd. Kemudian, bd adalah penyebut yang sama dan kedua-dua pengangka ad dan bc boleh dibandingkan.

2/3 ? 1/2 memberikan 4/6>3/6

Terdapat satu jalan mudah yang dikenali sebagai "pendaraban silang", yang boleh membandingkan ad dan bc, tanpa mengira penyebutnya.

5/18 ? 4/17

Kalikan 17 dengan 5 (85) dan kalikankan 18 dengan 4 (72). Oleh kerana 85 adalah lebih besar daripada 72, 5/18>4/17

Kaedah lain untuk membandingkan pecahan ialah dengan melihat pada pengangkanya. Jika kedua-dua pecahan memiliki pengangka yang sama, maka pecahan yang memiliki penyebut yang lebih kecil adalah pecahan yang lebih besar. Ini kerana, apabila penyebut adalah lebih besar, pengangka akan dibahagikan menjadi bahagian-bahagian yang lebih kecil.

Perlu juga diingat yang setiap nombor negatif, termasuk pecahan negatif, adalah kurang daripada sifar, dan setiap nombor positif, termasuk pecahan positif, adalah lebih daripada sifar, jadi setiap pecahan negatif adalah kurang daripada pecahan positif.


Penjumlahan Pada Pecahan

Hukum pertama penjumlaha pada pecahan ialah hanya penyebut yang sama yang boleh ditambah; contohnya, penambahan antara penyebut perempat. Untuk penambahan penyebut, seperti menambah pertiga dengan perempat, keduanya perlu disamakan penyebutnya terlebih dahulu. Bayangkan sebuah saku mengandungi dua perempat, dan saku yang lain mengandungi tiga perempat; jumlahnya adalah lima perempat. Oleh kerana empat perempat adalah bersamaan dengan satu, ia boleh dinyatakan seperti berikut:

2/4 + 3/4 = 5/4


menjumlahkan pecahan yang memiliki penyebut berbeda

Untuk menambah pecahan yang memiliki penyebut berbeda (seperti perempat dan pertiga), adalah perlu untuk menyamakan penyebutnya terlebih dulu. Itu boleh dilakukan dengan mengkalikan penyebut setiap pecahan.

Untuk menambah perempat dengan pertiga, keduanya ditukar kepada 1/4 X 1/3 = 1/12 (perduabelas).

Lihat contoh penambahan dua kuantiti di bawah:

3/4 + 2/3

Pertama, tukar 3/4 menjadi perduabelas dengan mendarab pengangka dan penyebut dengan tiga: 3/4 X 3/3 = 9/12. 3/3adalah bersamaan dengan 1, jadi 3/4 adalah sama dengan 9/12.

Kedua, tukar 2/3 menjadi perduabelas dengan mendarab pengangka dan penyebut dengan empat: 2/3 X 4/4 = 8/12.4/4 adalah bersamaan dengan 1, jadi 2/3adalah sama dengan 8/12.

Kesimpulannya:

3/4 + 2/3

Adalah bersamaan dengan:

9/12 + 8/12 = 17/12 = 15/12

Kadang-kadang terdapat penyebut yang lebih kecil boleh digunakan (penyebut sepunya terkecil). Contohnya, untuk menambah 3/4 dan 5/12, penyebut 48 boleh digunakan (hasil darab 4 dan 12), tetapi penyebut 12 yang lebih kecil boleh juga digunakan, yang merupakan faktor sepunya terkecil untuk 4 dan 12.

3/4 + 5/12 = 9/12+ 5/12 = 14/12= 7/6= 11/6

Kaedah ini boleh dinyatakan dalam rumus algebra:

a/b + c/d = ad+cb/bd

Pengurangan Pada Pecahan

Secara dasarnya, proses pengurangan pada pecahan adalah sama dengan penambahan; mencari penyebut sepunya, dan tukar setiap pecahan kepada pecahan setara dengan penyebut yang dipilih. Hasil tolak kedua-dua pecahan akan mempunyai penyebut tersebut, dan hasil tolak pengangka untuk pecahan asal. Contohnya,

2/3 - 1/2 = 4/6 - 3/6= 1/6


Perkalian dan Pembagian
Perkalian dengan Bilangan Bulat   

Perhatikan contoh kek seperti di atas, jika satu perempat kek tersebut didarab dengan tiga, hasilnya ialah tiga perempat. Ia boleh digambarkan dalam pengiraan seperti berikut:

3 x 1/2 = 3/4

Contoh lain, katakan terdapat lima orang bekerja untuk tiga jam bagi setiap tujuh jam waktu bekerja (tiga pertujuh jam waktu bekerja). Secara keseluruhan, mereka bekerja 15 jam (5 x 3 jam seorang), atau 15 pertujuh sehari. Oleh kerana 7 pertujuh bersamaan dengan 1 hari bekerja dan 14 pertujuh bersamaan dengan 2 hari bekerja, jumlah waktu bekerja untuk kelima-lima perkerja adalah 2 hari dan satu pertujuh jam dalam sehari. Dalam pengiraan:

5 x 3/7 = 15/7 = 21/7

Perkalian dengan Pecahan   

Perhatikan contoh kek seperti di atas, jika satu perempat kek didarab dengan satu pertiga kek, hasilnya ialah satu perduabelas kek. Dalam erti kata lain, satu pertiga dari satu perempat (atau satu pertiga darab satu perempat) ialah satu perduabelas. Kenapa? kerana setiap bahagian satu perempat telah dipotong menjadi 3 bahagian, dan empat bahagian kek didarab dengan tiga akan menjadi 12 bahagian (atau perduabelas). Ini boleh dinyatakan dalam pengiraan seperti berikut:

1/3 x 1/4 = 1/12

Untuk contoh lain, katakan terdapat lima orang yang melakukan kerja yang sama dalam jumlah masa tiga jam daripada tujuh jam waktu bekerja. Setiap orang akan melakukan satu perlima dari 3 jam tersebut, menjadikan jam bekerja mereka satu perlima dari tiga pertujuh dalam sehari. Dalam pengiraan:

1/5 x 3/7 = 3/35

Secara umumnya, apabila pecahan didarab, kedua-dua pengangka akan didarab untuk menghasilkan pengangka yang baru, dan kedua-dua penyebut akan didarab untuk menghasilkan penyebut yang baru. Contohnya:

5/6 x 7/8 = 5x7/6x8=35/48

Apabila mendarab (atau membahagi), kaedah pemansuhan silang untuk nombor yang mempunyai faktor sepunya, boleh dilakukan. Contohnya:

2/7 X 7/8 = 2 1/7 1 X 7 1/8 4 = 1/1 X 1/4 = 1/4

Nombor dua adalah faktor sepunya untuk pengangka pecahan kiri dan penyebut pecahan kanan, jadi kedua-duanya dibahagikan dengan dua. Manakala nombor tujuh adalah faktor sepunya untuk penyebut pecahan kiri dan pengangka pecahan kanan, dan kedua-duanya dibahagikan dengan tujuh.


Operasi Hitung Campuran pada Pecahan   

Operasi Hitung Campuran Pada Pecahan, adalah lebih mudah jika nombor bercampur itu ditukar menjadi pecahan tak wajar. Contohnya:

3 x 23/4 = 3 x (8/4 + 3/4) = 3 x11/4 = 33/4 = 81/4

Dalam erti kata lain, 23/4 adalah sama dengan (8/4 + 3/4), menghasilkan jumlah 11 perempat (kerana 2 kek, setiap satu dipotong kepada empat bahagian, menjadikan jumlah keseluruhan 8 perempat (bahagian).) dan 33 perempat adalah sama dengan 81/4(kerana 8, setiap satunya dipotong empat, menjadikan jumlah keseluruhan 32 perempat (bahagian).).



Pembagian

Untuk membagi dengan satu pecahan yang lain, hanya kalikan dengan salingan pecahan tersebut (diterbalikkan).

5 ÷1/2 = 5 x 2/1 = 5x2= 10

Untuk memahami bagaimana ia dilakukan, lihat keterangan berikut:

6 inci dibagikan dengan 3 inci = 2 ,bermaksud kita boleh bagikan 6 inci kepada 2 bagian yang berukuran 3 inci setiap satu.
6 batu dibagikan dengan 3 batu = 2, bermaksud kita boleh bahagikan 6 batu kepada 2 bahagian yang berukuran 3 batu setiap satu.
6/2 dibagikan dengan 3/2 = 2, bermaksud kita boleh bagikan 6/2 kepada 2 bagian yang bersaiz 3/2 setiap satu.

Untuk pembagian pecahan-pecahan yang mempunyai penyebut yang sama, cuma bagikan pengangkanya saja dan buangkan penyebutnya. Tapi bagaiman jika pecahan-pecahan itu memiliki penyebut yang berbeda?

Penyelesaiannya ialah, cari penyebut sepunya dan bagikan pengangkanya, seperti dalam rumus berikut:

a/b ÷ b/c = ad/bd ÷ bc/bd = ad/bc
Bagaimanpun, kaedah ini adalah terlalu panjang. Sebaliknya, kaedah "balik dan darab" yang memberikan jawapan yang sama, adalah lebih ringkas.
a/b ÷ c/d = a/b x d/c = ad/bc

Ini adalah satu bukti matematik untuk pembagian menggunakan kaedah balik dan kali.


Mengubah Pecahan Desimal Menjadi Pecahan Biasa

Walaupun pecahan desimal lebih berguna apabila melakukan pengiraan, ia tidak memiliki ketepatan seperti yang ada pada pecahan biasa. Kadang-kadang, pecahan desial tak terhingga digunakan untuk mendapatkan ketepatan yang sama. Jadi, adalah lebih berguna jika pecahan desimal di ubah menjadi pecahan biasa.

Untuk corak pengulangan yang coraknya berawal setelah titik desimal, pembagian ringkas corak tersebut dengan nombor sembilan (bergantung pada jumlah nombor dalam corak tersebut), dapat menyelesaikan masalah ini. Contohnya (corak pengulangan ditebalkan):

0.555555555555… = 5/9
0.626262626262… = 62/99
0.264264264264… = 264/999
0.629162916291… = 6291/9999

Jika angka sifat mendahului corak pengulangan setelah titik desimal, angka sembilan akan diakhiri dengan bilangan sifar yang sama:

0.0555… = 5/90
0.000392392392… = 392/999000
0.00121212… = 12/9900

Dalam kes terdapat angka desimal yang tidak berulang mendahului corak pengulangan (seperti 0.1523987987987…), pisahkankan nomor tidak berulang dan nomor berulang dalam penambahan seperti berikut:

0.1523 + 0.0000987987987…

Kemudian, tukar kedua-duanya menjadi pecahan. Oleh kerana bahagian pertama tidak mempunyai corak berulang, ia tidak boleh ditukar mengikut corak yang diberi di atas:

1523/10000 + 987/9990000

Tambahkan kedua-dua pecahan dengan mencari penyebut sepunya...

1521477/9990000 + 987/9990000

Tambahkan keduanya menjadi

1522464/9990000

Akhir sekali, sedarhanakan hasilnya:

31718/208125






Soal- Soal

1) Yang termasuk pecahan desimal yaitu....

½
¾
0,26
Jawaban anda :

2) Bentuk pecahan desimal dari ⅙ adalah . . .
0,14
0,15
0,16
0,18
Jawaban anda :


3) Hasil penjumlahan dari 4½ + ⅙ adalah . . .
4⅓
4⅔


Jawaban anda :


4) Hasil pengurangan dari 1⅕ – 0,2 adalah . . .
1⅕
1
1⅓

Jawaban anda :

5) Hasil pengurangan dari 2,52 – 0,45 adalah . . .
2,70
2,07
1,97
1,90
Jawaban anda :

6) ⅔ x ½ =n ,maka nilai n adalah......

¼


Jawaban anda :


7) Hasil dari ⅔ : ⅓
½

1
2
Jawaban anda :


8) Imam memiliki 1 buah apel. Kemudian apel tersebut dibelah menjadi empat sama besar untuk dibagikan kepada 4 temannya. Maka, setiap temannya mendapat . . . . . bagian.
½

¼

Jawaban anda :


9) Bibi membeli 3 karung beras masing-masing beratnya 10½ kg dan 1 kantong minnyak goreng seberat 3¼ kg. Maka berat seluruh belanjaan bibi adalah . . .
34¾
16¾
16¼
13¾
Jawaban anda :

10) Hasil penjumlahan dari 2½+1½ adalah....

3⅓

4
Jawaban anda :




By: Bekti Pramuning Tyas (1110251013)